Sunday, 9 December 2012

.: TOK KENALI:.

Assalamualaikum Malaysia!

hari ni, tanggal 10/12/12 dengan ini aku nk isytiharkan bahawa aku telah berjaya menghabiskan baca buku bertajuk "Tok Kenali" sehingga tamat...alhamdulillah....

aku bukannya nak bangga, tapi nak naik kan semangat aku bahawa aku sebenarnya mampu utk habiskan segala buku2 aku dah beli sebelum2 ni! buku ni buku kedua yg pernah aku habiskan sampai tamat. buku pertama dulu "Kenapa Aku Memeluk Islam" atau disebut sbg MazaYakni...buku ni pn aku habiskan time kt UIA PJ dulu aka 3 tahun yg lepas. lepas2 tu memang aku tak pernah habiskan apa pn bahan bacaan aku pernah beli...

hurm, beli buku nombor 1, baca buku nak habiskan nombor 2...itulah aku...

sebab tu la kalo ada org tanye hobi apa? err...g kedai buku, beli buku, buat koleksi buku...bukannyer nak kata baca buku!hu~

mehla aku cite sikit pasal Tok Kenali ni...membebel je pandai...

actually aku sgt kagum dgn tok kenali ni...dia dari kecik ada sifat yg unik dari kanak2 lain. dia sgt cerdik, bersifat ingin tahu yg mendalam, suka mencari ilmu disamping sifat2 akhlak Islamiyah yg terpuji spt peramah, pandai jaga hati org, rendah diri, bersederhana...macam2 lg la,

pada umur 10 tahun beliau dh diambil kerja utk mengira hasil tanaman penduduk kampung. kt rumah, datuknya n ibunya yg didik beliau dgn ilmu agama...

umur belasan tahun dh pergi ke Makkah utk belajar agama! hebat x hebatnya beliau...6 bulan naik kapal nak sampai ke sana...berbekalkan restu ibunya n RM 22 sahaja...

kat sana beliau belajar dgn sheikh2 dengan tidak menggunakan sebarang buku utk mencatat. tipsnya, beliau minta izin dari tauke kedai buku utk menelaah buku2 di situ tanpa membelinya sebab xde duit...tauke kat situ bg sebab akhlaknya yg mulia & kesungguhan dia mencari ilmu. beliau sentiasa dahagakan ilmu...sampai satu ketika gurunya mengakui kehebatan ilmunya lebih dari pelajar2nya yg lain...

dah berpuluh2 tahun beliau belajar bahasa Arab & Quran kat sana, gurunya meninggal dunia & beliau pn pulang ke kampung utk berbakti utk tanah air...beliau buka pondok utk pelajar2nya. dari satu pondok sampai ke dua ratus pondok utk menempatkan pelajar2nya yg berasal dari pelbagai ceruk dunia...beliau menjadi masyhur di seluruh dunia...

sebab tula Kelantan dipanggil Serambi Makkah...sebab tok kenali yg menuntut ilmu kat Makkah & kembang luaskan ilmunya ke seluruh tanah Kelantan...

beliau pernah dilantik sbg org yg sgt penting & dipertanggungjawabkan utk monitor pembelajaran di Kelantan...

beliau sgt rendah diri, walaupun menjadi org yg terkenal...meninggal dunia kerana penyakit kaki yg dialaminya...time dia meninggal, rumahnya sgt ramai kerana dikunjungi pelajar2nya & dari seluruh negeri....
ni antara lukisan gambar tok kenali...dalam hidup beliau, pernah dua kali je ambil gambar...tu pn sebab pembesar2 yg mntk ambil gmbr bersama beliau...

huih...kalo nak cerita ka sini, memang x habis la....kalo nak tau lagi lanjut, bacalah buku tu! Tok Kenali, hasil tulisan Hayati Ridhwani, publisher PTS...

byk benda yg aku belajar dari kisah tok kenali ni...terutamanya dari segi menuntut ilmu, adab, sifat2 yg perlu ada, semangat...macam2 la...k jannah, selamat belajar!

best giler cerita ni!